sambungan...
Bagaimana dengan Nabi Sulaiman? Nabi ini di uji
Allah dengan zuriat yang kurang sempurna. Namun baginda tetap bersyukur dengan
kurniaan Allah. Samalah keadaannya dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria.
Kedua-dua mereka ini lambat memperolehi zuriat. Diriwayatkan Nabi Ibrahim
mendapatkan Nabi Ishaq pada usia isterinya, Siti Sarah, berumur 90 tahun. Terperanjat
besar Siti Sarah tatkala mendengar berita
bahawa dia akan mengandung di usia tua. Seolah-olah lucu, dan tidak masuk akal.
Tetapi itulah ketetapan Allah buat kedua hambaNya yang sabar. Berkat keikhlasan Siti Sarah yang rela dimadukan dengan Siti Hajar, ibu kepada Nabi
Ismail. Tidaklah Allah sia-siakan setiap amalan para mukhlisin.
Adakah para isteri yang sanggup berkorban sedemikian rupa? saya yakin ada ramai di luar sana.. saya juga yakin ramai yang tidak sanggup..terpulang diri masing-masing. Ukuran iman dan ilmulah yang menjadikan kita berbeza di hapadan Allah. Itu yang berlaku pada Siti Sarah. Jangan kata dia tidak sakit hati dan cemburu. Sekalipun dia merasai perasaan itu. Tetapi redha Allah dan suami adalah keutamaannya sebagai wanita solehah berjaya menyimbah padam api emosi. Layaklah dia bersuamikan Nabi Ibrahim, Bapa para Anbiya'.
Nah..,setelah kita lihat semua masalah para nabi di
atas, adakah masih berulang-ulang hal tersebut dalam kehidupan kita? Maka
itulah mempelajari sejarah para nabi amat penting. Segala ujian yang di hadapi
mereka terakam di dalam Al-Quran bersama dengan penyelesaiannya. Jadi bila kita
buta sejarah tentang kisah kehidupan para anbiya, kita juga ibarat kehilangan
sumber rujukan hidup. Bukankah para anbiya juga manusia seperti kita?..Ujian
yang ditimpakan Allah pada mereka adalah panduan susunan hidup kita.
Dalam kehidupan kita hari ini, ramai yang hilang
arah hidup dalam menyelesaikan masalah seharian. Tidak hairanlah kes bunuh
diri, tekanan perasaan serta masalah sosial berleluasa dalam masyarakat. Keyakinan kepada
Allah semakin luntur dari individu muslim. Masyarakat muslim hari ini berdepan
dengan masalah hilang jati diri hingga mereka keliru dalam usaha mencari jalan
hidup yang benar. Cahaya hidayah seolah dikelabui oleh habuan material.
Ya..masyarakat muslim kita berlumba-lumba mengejar kejayaan dunia yang tidak
seimbang dengan akhirat. Tidak perlu saya huraikan kenyataan ini kerana saya yakin anda
semua turut merasakannya. Bukalah fikiran anda..kebanyakkan anda semua
sebenarnya sedang berfikir dengan acuan barat. Tahukah anda bahawa fikiran kita
adalah senjata paling berkuasa untuk kita mendapatkan kebenaran hidayah? Sejauh
mana kita berfikir dengan bebas haruslah
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Setiap fikiran yang menyimpang dari kedua
sumber adalah tidak di terima.
Kesimpulannya, masalah bukanlah pengakhiran hidup manusia.
Ia adalah satu kemestian dalam kehidupan sebagai tanda tarbiyah Allah buat para
hambaNya. Tanda Dia merindukan rintihan hambaNya. Agar si hamba tidak terpesong
jauh dariNya.
Masalah seharusnya menjana kehebatan diri, membina
kualiti iman serta meningkatkan maqam keyakinan pada Allah.
No comments:
Post a Comment