Friday, July 13, 2012

bila pakaian membicarakan HAQ..

Assalamualaikum...


post kali ini saya tak mahu banyak bicara dan menghurai..


apakata kita saling berfikir...memikirkan tindakan dan sikap kita....sikap masyarakat kita...


sahabat semua,


..seringkali dalam laluan hidup ini ada sahaja kita temukan orang-orang yang tak ubah seperti rahib yahudi dan nasrani..firman Allah :


Alangkah baiknya kalau ketua-ketua agama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
(Al-Maaidah 5:63

apa yang saya maksudkan adalah orang-orang yang berlagak baik tapi hanya sekadar bayangan. Hakikat kebenarannya, segala "kebaikan" itu bukan mendorong ke arah "kebaikan sebenar" bahkan mendorong ke arah yang sebaliknya...

persoalan saya..berapa ramai orang yang berpakaian hebat...lengkap dengan jubah, songkok, serban, tudung labuh dan segala yang sewaktu dengannya..mereka ini memakai hanya dengan perasaan bajet bagus...bajet suci...

golongan ini sekarang cukup banyak...nak tahu mesti ada ilmu bukan bersangka-sangka..hanya ilmu akan menjaga kita dari orang-orang ini...saya tegaskan bukan kenal dengan meneka-neka sahaja...

makanya, kita harus mendekati orang alim..mereka akan menunjuki kita kebenaran dengan ilmu..

bukan mudah nak selamatkan diri dari semua yang bernama kesesatan..tak kira kecil atau besar..tersembunyi atau nampak..terang atau gelap..semua ini perlu kepada proses ilmu yang panjang dan latihan rohani yang berterusan..

saya secara jujur, suka melihat suasana yang solehah dan soleh dalam masyarakat melalui pemakaian menutup aurat yang hebat begini..memang Islam menganjurkannya..memang di tuntut...namun..sayang sekali, pemakainya kebanyakkannya suka bajet bagus..dan oleh hal yang demikianlah Allah menyebut bahawa sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa..inilah pakaian oleh para muttaqin...memakai setiap apa di badan mereka ini dengan niat semata-mata kerana Allah..semampu habis mereka untuk menutup aurat..


Nun di dalam masyarakat..,ada di kalangan kita tidak berkemampuan memiliki sehelai jubah, songkok atau serban yang cantik juga tudung labuh yang sesuai...barangkali ada pun..ianya lusuh..fikirkan mereka yang tak mampu..adakah golongan ini wajar di pandang rendah..? 
pastinyaramai jawab,"mana ada..tak ada pun "...ada juga jawab,"yea juga..kadang-kadang takut apa tengok orang pakai lusuh-lusuh ni.. "...terbaiknya kita sangka baik...sedekahkan doa pada orang yang kita nampak macam tidak ada kemampuan...cantikkan sifat tu...dapat pahala. 2 bahagian.. 1 sangka baik..2 sedekah doa.. 

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Al-A'raaf 7:26)



bagaimanapun..,kita wajar melihat ketelitian seseorang dalam pemakaian yang mana ia dapat menentukan salah satu dari sifat dalaman dan luaran individu terbabit.. kan Nabi sentiasa kemas..? dalam satu pengajian yang saya ikuti, kata sang ustaz,"nabi kita ada membawa satu cermin kecil,bagi membolehkan baginda melihat,kalau-kalau ada yang mencemari wajahnya.."...Masya Allah...hebat...memang Qudwatun Hasanah...


Namun di sana bila kita sentuh bab pakaian ni..,ada sesuatu yang lebih besar dan tersirat. Ia adalah KEMAMPUAN individu dalam memiliki pakaian yang baik bersama NIAT yang baik.....macam kita bincangkan tadi..Pakaian yang hebat pada penilaian Allah adalah pakaian TAQWA..untuk itu kekuatan niat dan gabungan perbuatan amat perlu bagi menghasilkan pakaian istimewa..tak nampak pada mata manusia..tapi jelas tujuannya pada Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..... 

tak guna harta bertimbun tapi masih lagi membeli baju ketat dan singkat.. nampak KEMISKINAN ILMU.. tak guna juga ada ilmu..tetapi masih berahi pada pakaian yang tidak syarie..misalnya membeli tudung-tudung yang pendek...yang labuhnya atas dada atau betul-betul tertutup atas dada sahaja..buat pakai kat dalam rumah tak pa la..ni buat jalan-jalan..aduhh...macam mana tu...??

Apa pun halnya..pakaian boleh membawa kita dekat kepada Allah..pakaian juga boleh menjadikan kita sesat bahkan terpesong dari Allah...(bukan ramai ke yang terikut ajaran sesat...diaorang pun hebat dalam berpakaian ni..  :)  )   

JoM sama-sama tambah ilmu untuk jauhkan diri dari kena tipu-tipu... 

Thursday, July 5, 2012

Masalah II : Membina Hidup dengan masalah.


sambungan...

Bagaimana dengan Nabi Sulaiman? Nabi ini di uji Allah dengan zuriat yang kurang sempurna. Namun baginda tetap bersyukur dengan kurniaan Allah. Samalah keadaannya dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria. Kedua-dua mereka ini lambat memperolehi zuriat. Diriwayatkan Nabi Ibrahim mendapatkan Nabi Ishaq pada usia isterinya, Siti Sarah, berumur 90 tahun. Terperanjat besar  Siti Sarah tatkala mendengar berita bahawa dia akan mengandung di usia tua. Seolah-olah lucu, dan tidak masuk akal. Tetapi itulah ketetapan Allah buat kedua hambaNya yang sabar. Berkat keikhlasan Siti Sarah yang rela dimadukan dengan Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail. Tidaklah Allah sia-siakan setiap amalan para mukhlisin.

Adakah para isteri yang sanggup berkorban sedemikian rupa? saya yakin ada ramai di luar sana.. saya juga yakin ramai yang tidak sanggup..terpulang diri masing-masing. Ukuran iman dan ilmulah yang menjadikan kita berbeza di hapadan Allah. Itu yang berlaku pada Siti Sarah. Jangan kata dia tidak sakit hati dan cemburu. Sekalipun dia merasai perasaan itu. Tetapi redha Allah dan suami adalah keutamaannya sebagai wanita solehah berjaya menyimbah padam api emosi. Layaklah dia bersuamikan Nabi Ibrahim, Bapa para Anbiya'.

Nah..,setelah kita lihat semua masalah para nabi di atas, adakah masih berulang-ulang hal tersebut dalam kehidupan kita? Maka itulah mempelajari sejarah para nabi amat penting. Segala ujian yang di hadapi mereka terakam di dalam Al-Quran bersama dengan penyelesaiannya. Jadi bila kita buta sejarah tentang kisah kehidupan para anbiya, kita juga ibarat kehilangan sumber rujukan hidup. Bukankah para anbiya juga manusia seperti kita?..Ujian yang ditimpakan Allah pada mereka adalah panduan susunan hidup kita. 
 
Dalam kehidupan kita hari ini, ramai yang hilang arah hidup dalam menyelesaikan masalah seharian. Tidak hairanlah kes bunuh diri, tekanan perasaan serta masalah sosial berleluasa dalam masyarakat. Keyakinan kepada Allah semakin luntur dari individu muslim. Masyarakat muslim hari ini berdepan dengan masalah hilang jati diri hingga mereka keliru dalam usaha mencari jalan hidup yang benar. Cahaya hidayah seolah dikelabui oleh habuan material. 

Ya..masyarakat muslim kita berlumba-lumba mengejar kejayaan dunia yang tidak seimbang dengan akhirat. Tidak perlu saya huraikan kenyataan ini kerana saya yakin anda semua turut merasakannya. Bukalah fikiran anda..kebanyakkan anda semua sebenarnya sedang berfikir dengan acuan barat. Tahukah anda bahawa fikiran kita adalah senjata paling berkuasa untuk kita mendapatkan kebenaran hidayah? Sejauh mana  kita berfikir dengan bebas haruslah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Setiap fikiran yang menyimpang dari kedua sumber adalah tidak di terima.

Kesimpulannya, masalah bukanlah pengakhiran hidup manusia. Ia adalah satu kemestian dalam kehidupan sebagai tanda tarbiyah Allah buat para hambaNya. Tanda Dia merindukan rintihan hambaNya. Agar si hamba tidak terpesong jauh dariNya.

Masalah seharusnya menjana kehebatan diri, membina kualiti iman serta meningkatkan maqam keyakinan pada Allah.


Tuesday, July 3, 2012

Masalah bukan masa untuk mengalah........



 Hidup…hidup..hidup..masalah..masalah..masalah…

Kalau kita asyik mengeluh kesah maka kita tidak akan berhenti berputar di sekitar masalah. Tetapi bila kita berfikir untuk menyelesaikannya, maka kita sedang keluar berusaha dari masalah. Dalam proses menyelesaikan masalah kita cuma perlukan sedikit kreativiti serta panduan pengalaman orang lain. Pada masa yang sama kita mesti bermuhasabah dengan masalah yang kita depani itu. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita pelajari dari masalah tersebut. Di samping itu, jangan kita lupa mengadu pada Allah kerana Dialah sebaik-baik Penyelesai masalah.

Para pembaca yang saya kasihi,
Saya percaya ramai di luar sana yang mengalami pelbagai masalah. Dari masalah rumahtangga berkaitan suami dan anak-anak sehingga kepada masalah peribadi.
 Kadang kala terdetik di hati untuk mengalah dengan masalah ini. Mulalah terkeluar kata hati, “Biarlah”, “ Lantaklah”, “Ikut suka hatilah”, serta macam-macam lagi kata-kata penyedap hati.

Mengapa tidak kita selusuri sirah anbiya’. Mereka lebih dulu melalui bermacam ragam ujian hidup. Sama sahaja masalah mereka dengan kita. Beza cuma pada masa, tempat dan zaman.

Mari kita lihat kesabaran Permaisuri Siti Asiah. Betapa cantiknya dia, cerdik serta taat tetap sahaja dia di siksa oleh suami sendiri. Hanya kerana menyatakan imannya pada Yang Esa. Bayangkanlah! Anda para isteri adakah berhadapan dengan situasi yang sama dengan Asiah?punya suami yang panas baran.. Apalagi yang hendak di pesan melainkan bersabarlah seperti Asiah serta banyakkan berdoa tanpa putus. Allah sedang memberikan anda pahala. Orang sekeliling memang akan berkata, “Kesian kau...suami engkau teruk tapi nasib dia baik kahwin dengan orang macam kau..masih..nak bersabar..apalah nasib..”. 

Tapi adakah kita tahu rahsia jodoh bersuamikan insan yang kita kenal sekarang? Mungkin sahaja jodoh pertemuan kita dengan pasangan ini untuk membantunya kembali mengenal Allah. Sungguh Allah telah berikan kita pasang yang terbaik, terpulang kepada kita untuk menerima amanah Allah ini dengan lapang dada.Jangan berputus asa mendoakan pasangan anda. Baik lelaki atau perempuan kita semua sama sahaja dalam hal menerima tarbiyah rabbani. Pilihan berada di tangan kita sama ada memlilih dengan jalan sabar dan hikmah atau dengan jalan hawa nafsu dan perasaan.

Masihkah kita ingat pada Nabi Nuh Alaihissalam. Dia adalah seorang bapa yang penyayang dan suami yang setia. Berapa ramai kaumnya yang menentang usaha da’wah mentauhidkan Allah. Paling menyedihkan hatinya, turut sama menentang adalah isteri dan anak tercinta. Bayangkan hatinya? .. Apalah harapan seorang suami yang sebolehnya mahu berkumpul bersama keluarganya di dalam syurga. Yang ada Cuma sindiran ,ejekan serta pelbagai penghinaan sering menjadi halwa telinga Nabi Nuh. Berapa kerat sahaja dari kaumnya yang mahu beriman kepada Allah Yang Esa...bersambung,..insya Allah..

keep in touch


e-mel :asyikinradz@gmail.com