Kalau kita asyik mengeluh kesah maka kita tidak
akan berhenti berputar di sekitar masalah. Tetapi bila kita berfikir untuk menyelesaikannya,
maka kita sedang keluar berusaha dari masalah. Dalam proses menyelesaikan
masalah kita cuma perlukan sedikit kreativiti serta panduan pengalaman orang
lain. Pada masa yang sama kita mesti bermuhasabah dengan masalah yang kita
depani itu. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita pelajari dari masalah
tersebut. Di samping itu, jangan kita lupa mengadu pada Allah kerana Dialah
sebaik-baik Penyelesai masalah.
Para pembaca yang saya kasihi,
Saya percaya ramai di luar sana yang mengalami
pelbagai masalah. Dari masalah rumahtangga berkaitan suami dan anak-anak
sehingga kepada masalah peribadi.
Kadang kala
terdetik di hati untuk mengalah dengan masalah ini. Mulalah terkeluar kata
hati, “Biarlah”, “ Lantaklah”, “Ikut suka hatilah”, serta macam-macam lagi
kata-kata penyedap hati.
Mengapa tidak kita selusuri sirah anbiya’. Mereka
lebih dulu melalui bermacam ragam ujian hidup. Sama sahaja masalah mereka
dengan kita. Beza cuma pada masa, tempat dan zaman.
Mari kita lihat kesabaran Permaisuri Siti Asiah.
Betapa cantiknya dia, cerdik serta taat tetap sahaja dia di siksa oleh suami
sendiri. Hanya kerana menyatakan imannya pada Yang Esa. Bayangkanlah! Anda para
isteri adakah berhadapan dengan situasi yang sama dengan Asiah?punya suami yang panas baran.. Apalagi yang hendak di pesan melainkan bersabarlah
seperti Asiah serta banyakkan berdoa tanpa putus. Allah sedang memberikan anda pahala. Orang sekeliling memang akan
berkata, “Kesian kau...suami engkau teruk tapi nasib dia baik kahwin dengan
orang macam kau..masih..nak bersabar..apalah nasib..”.
Tapi adakah kita tahu
rahsia jodoh bersuamikan insan yang kita kenal sekarang? Mungkin sahaja jodoh
pertemuan kita dengan pasangan ini untuk membantunya kembali mengenal Allah.
Sungguh Allah telah berikan kita pasang yang terbaik, terpulang kepada kita
untuk menerima amanah Allah ini dengan lapang dada.Jangan berputus asa
mendoakan pasangan anda. Baik lelaki atau perempuan kita semua sama sahaja
dalam hal menerima tarbiyah rabbani. Pilihan berada di tangan kita sama ada
memlilih dengan jalan sabar dan hikmah atau dengan jalan hawa nafsu dan
perasaan.
Masihkah kita ingat pada Nabi Nuh Alaihissalam.
Dia adalah seorang bapa yang penyayang dan suami yang setia. Berapa ramai
kaumnya yang menentang usaha da’wah mentauhidkan Allah. Paling menyedihkan
hatinya, turut sama menentang adalah isteri dan anak tercinta. Bayangkan
hatinya? .. Apalah harapan seorang suami yang sebolehnya mahu berkumpul bersama
keluarganya di dalam syurga. Yang ada Cuma sindiran ,ejekan serta pelbagai
penghinaan sering menjadi halwa telinga Nabi Nuh. Berapa kerat sahaja dari
kaumnya yang mahu beriman kepada Allah Yang Esa...bersambung,..insya Allah..
No comments:
Post a Comment