Tuesday, July 3, 2012

Masalah bukan masa untuk mengalah........



 Hidup…hidup..hidup..masalah..masalah..masalah…

Kalau kita asyik mengeluh kesah maka kita tidak akan berhenti berputar di sekitar masalah. Tetapi bila kita berfikir untuk menyelesaikannya, maka kita sedang keluar berusaha dari masalah. Dalam proses menyelesaikan masalah kita cuma perlukan sedikit kreativiti serta panduan pengalaman orang lain. Pada masa yang sama kita mesti bermuhasabah dengan masalah yang kita depani itu. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita pelajari dari masalah tersebut. Di samping itu, jangan kita lupa mengadu pada Allah kerana Dialah sebaik-baik Penyelesai masalah.

Para pembaca yang saya kasihi,
Saya percaya ramai di luar sana yang mengalami pelbagai masalah. Dari masalah rumahtangga berkaitan suami dan anak-anak sehingga kepada masalah peribadi.
 Kadang kala terdetik di hati untuk mengalah dengan masalah ini. Mulalah terkeluar kata hati, “Biarlah”, “ Lantaklah”, “Ikut suka hatilah”, serta macam-macam lagi kata-kata penyedap hati.

Mengapa tidak kita selusuri sirah anbiya’. Mereka lebih dulu melalui bermacam ragam ujian hidup. Sama sahaja masalah mereka dengan kita. Beza cuma pada masa, tempat dan zaman.

Mari kita lihat kesabaran Permaisuri Siti Asiah. Betapa cantiknya dia, cerdik serta taat tetap sahaja dia di siksa oleh suami sendiri. Hanya kerana menyatakan imannya pada Yang Esa. Bayangkanlah! Anda para isteri adakah berhadapan dengan situasi yang sama dengan Asiah?punya suami yang panas baran.. Apalagi yang hendak di pesan melainkan bersabarlah seperti Asiah serta banyakkan berdoa tanpa putus. Allah sedang memberikan anda pahala. Orang sekeliling memang akan berkata, “Kesian kau...suami engkau teruk tapi nasib dia baik kahwin dengan orang macam kau..masih..nak bersabar..apalah nasib..”. 

Tapi adakah kita tahu rahsia jodoh bersuamikan insan yang kita kenal sekarang? Mungkin sahaja jodoh pertemuan kita dengan pasangan ini untuk membantunya kembali mengenal Allah. Sungguh Allah telah berikan kita pasang yang terbaik, terpulang kepada kita untuk menerima amanah Allah ini dengan lapang dada.Jangan berputus asa mendoakan pasangan anda. Baik lelaki atau perempuan kita semua sama sahaja dalam hal menerima tarbiyah rabbani. Pilihan berada di tangan kita sama ada memlilih dengan jalan sabar dan hikmah atau dengan jalan hawa nafsu dan perasaan.

Masihkah kita ingat pada Nabi Nuh Alaihissalam. Dia adalah seorang bapa yang penyayang dan suami yang setia. Berapa ramai kaumnya yang menentang usaha da’wah mentauhidkan Allah. Paling menyedihkan hatinya, turut sama menentang adalah isteri dan anak tercinta. Bayangkan hatinya? .. Apalah harapan seorang suami yang sebolehnya mahu berkumpul bersama keluarganya di dalam syurga. Yang ada Cuma sindiran ,ejekan serta pelbagai penghinaan sering menjadi halwa telinga Nabi Nuh. Berapa kerat sahaja dari kaumnya yang mahu beriman kepada Allah Yang Esa...bersambung,..insya Allah..

Thursday, June 7, 2012

Awan 1: Hati yang menyimpan marah…

Sesungguhnya kita semua sentiasa berada dalam ujian…setiap saat dan ketika..kita di uji dengan berbagai perkara. Bezanya, kita sedar atau tidak akan kehadiran ujian itu..sekecil-kecil ujian dan sebesar-besar ujian untuk di hadapi, semua bergantung dengan HATI..

 Sememangnya dalam susunan organ hati penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkanhempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato-atau hepatic.

 Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus. Namun dalam menjalani kehidupan ini, hati mempunyai kuasa yang lebih kuat. Kuasa menyimpan dan mengeluarkan multi perasaan. Hebat..

 Di sini saya nak ceritakan satu kisah berkaitan dengan hati yang menyimpan rasa marah…baik ibu atau anak…juga untuk semua bentuk komunikasi hati.. Berkaitan dengan seseorang yang saya kenal rapat dalam hidup saya. Dia seorang makcik yang punya 8 orang anak. Biasalah adat beranak ramai, berbagai karenah anak-anak yang harus dihadapinya. Mungkin kerana itu makcik ini menjadi seorang yang garang dan tegas. Mungkin saja.

Dalam menjaga ramai anak,tak semua dapat merasa kasih yang di dapatinya sama adil dengan yang lain. Itulah yang dirasakan oleh anak kedua makcik ini.Kedegilan si anak terlihat seawall usia lapan tahun. Oleh kerana terasa seolah-olah terpinggir, si anak tengah ini banyak memberontak dan banyak juga menyakitkan hati ibunya.

Sepanjang kedegilan itu, si anak tidak mahu makan segala apa yang di masak oleh ibu. Dia lebih sanggup makan maggi dan nasi berlaukkan kicap. Menangislah ibunya di suatu hari sambil berkata,”Angah, jangan sampai airmata mak tumpah..buruk padahnya nanti…”..mungkin makcik ini sudah merasa terlalu berat hati untuk menelan sikap anak tengahnya itu.

 Namun kata-kata ibu tak memberikan impak pada hatinya. Dalam hatinya ibu dan ayah tak berlaku adil. Hanya kerana selalu megizinkan si kakak sulung membeli buku-buku rujukan sendiri. Buktinya, dia kerap merungut pada adiknya yang ketiga. Sikap buruknya berterusan hingga berusia 17 tahun. Di waktu ini, si anak tengah semakin matang.Dia sudah faham. Dia juga mulai berubah. Sementelah, si kakak sulung juga telah berangkat keluar dari rumah untuk menyambung pengajian ke menara gading. Ingat pembaca semua, kata-kata seorang ibu itu bagaikan doa…ya..memang kata-kata semua ibu adalah doa untuk anaknya.. 

Mencecah usia 18 tahun, si anak tengah menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sebuah sekolah terkenal di negeri Perak. Dia berpindah ke negeri itu untuk menjaga neneknya yang uzur dan bersendirian. Kelebihan si anak ini ialah sentiasa menjaga kekemasan diri. Biarpun dia biadap dengan orang tuanya, tapi dia pandai berkawan dan menjaga diri. Selalunya, orang akan kata.”Kalau anak biadap dengan mak bapa, mesti akhlaknya rosak..selalunya budak-budak macam ni…memang ramai kawan yang bermasalah..”.

 Ini tak berlaku pada si anak tengah. Malah dia selalu mendapat pujian guru. Akhlaknya bagus, pelajarannya cemerlang, komunikasinya hebat. Masakan tak hebat, dia boleh mengendalikan seorang sepupunya yang sakit jiwa sehingga sepupunya itu boleh menjadi sembuh.

Caranya, dia hanya bersembang dan berbual-bual setiap kali mengunjungi sepupu tersebut yang kebetulan tinggal tak jauh dari rumah neneknya. Sukar nak percayakan..??? si anak ini bagai punya dua identiti. Sekali lagi saya tegaskan.., kisah ini adalah berkaitan hati yang marah..

 Para pembaca yang saya kasihi..sehebat mana kita di mata manusia. Kita sebenarnya bukan sesiapa di hadapan Allah apila kita tidak menghormati kedua orang tua kita. Mencerca mereka sahaja sudah di larang , inikan pula hendak menderhaka. Bumi tuhan mana yang hendak kita pijak dengan kebiadapan ini..?? Ayuh kita sambung semula kisah tadi..

 Suatu pagi, seperti biasa si anak tengah akan bertolak ke sekolah menaiki motor . Namun pagi itu, tak seperti selalu, dia berangkat dengan hati yang rawan. Sebelum bertolak, dia berpesan pada neneknya,”Tok
jaga diri baik-baik ya..”..Neneknya juga merasa berat hati untuk melepaskannya ke sekolah .

Entah..mengapa..bagai ada sesuatu. Dalam perjalanan ke sekolahnya, si anak tengah lalu di hadapan sekolah agama. Kebetulan ada bas sekolah yang berhenti menurunkan pelajar. Maka, dia membelok ke kanan, sambil memecut sedikit laju kehadapan. DANGG!!! Rupanya ada lori tanah yang berada di laluan yang salah…keadaan terus menjadi kelam…sekelam kata si ibu.

 Hari ini, si anak tengah masih hidup. Hidup dengan keadaan yang baru. Dia menjadi anak yang paling taat pada ibunya. Mengapa?? Sejak kemalangan 11 tahun yang lalu, dia mengalami gegaran otak yang kuat. Ingatannya hilang. Terlalu sebak untuk saya kisahkan.

 Menurut cerita seorang ahli keluarganya, sewaktu si anak tengah di rawat di hospital. Doktor mengisahkan bahawa lidah si anak tadi, tergulung ke dalam salur makan, jadi mereka harus menariknya keluar. Matanya juga parah. Kakinya sebelah kiri pendek 3 inci kerana lututnya hancur. Boleh dikatakan, dia tak punya rupa yang asal seperti dulu.

 Dahulu dia tidak mahu makan apa yang di masak ibunya, tetapi sekarang, masakan ibunyalah yang paling sedap di dunia. Dia makan tanpa rasa lapar. Tanpa ingat berapa kali di tambah.

 Pembaca semua.. Apa yang saya nak bawakan pada anda adalah HATI..jagalah hati ibu ayah kalian. Hati ahli keluarga kalian. Bukankah kalian hidup dari kecil bersama mereka??

 Apalah sangat kecuaian mereka yang kecil di bandingkan pengorbanan mereka. Membesarkan kita yang penuh liku dan ranjau. Maafkanlah..jangan akhiri hidup kita dengan kutukan dari mereka. Kita juga manusia. Kita juga ada melakukan kecuaian. Kerana itu formula marah adalah sabar, ditambah dengan maaf maka akan terhasillah suasana yang lebih harmoni.

Bagi para ibu, bila anda sedar anda telah lakukan kesilapan dengan mencerca anak-anak anda. Cepat-cepatlah minta maaf dengan anak sendiri..bagaimana..??anda boleh lakukan selepas solat jemaah..sambil bersalaman, peluk mereka dan lihat mata anak-anak anda dalam-dalam..katakan pada mereka, “Nak..mama pun minta maaf ya..”….saya pasti anak-anak tuan puan ,makcik pakcik, dan semua pembaca akan terharu dan lebih hormat lagi anda sebagai orang tua. Anda sesungguhnya telah mengajarkan mereka untuk merendah diri memohon maaf. Inilah ketinggian akhlak dalam Islam. Pasti Rasulullah juga bangga dengan anda…

 Bagaimanapun saya faham ada ibu bapa yang membangkang cadangan saya..kata mereka rendahlah martabat kami..Ego??anda nak ego dengan anak sendiri ?? Hati yang ego akan mendapat keegoan juga akhirnya..kritiklah sikap anda untuk membina kebaikan berganda…hati yang marah tak akan dapat memberi lebih dari kesukaran serta kepayahan hidup..jadi bebaskan hati anda dari sifat marah…

 Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah. Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah.. Riwayat Al-Bukhari

Wednesday, June 6, 2012

Hati Yang Terperammm...

Oh...lama tak menulis kat sini...nampak pasti akan kekal sangat sibuk....yea sibuk dengan ehwal dunia yang akan di tanya halnya di akhirat...huh ..takut..!!!.. tapi hakikat manusia..masa buat kerja tak ramai yang nak rasa gerun..ermm..gerun???...yea gerun la...apa yang kita buat..semua bakal di tanya di akhirat kelak...ketawa luas2...baju pakai x kemas...uikss...apa perasaan bila semua yang kita buat di ulang tayang...sure malu...saya pasti...kita memang akan malu...tapi..kenapa tak nak malu dari awal...???hmm..malu dari awal kan selamat... PUNCA TAK MALU DARI AWAL.... Senang cerita...sebab tak sedar diri....uihh...statement...tak jaga mulut...yea memang saya tak jaga mulut...kenapa ??? tak boleh...mulut saya...saya punya suka...saya nak buat baik..saya suka...kalau saya cakap yang tak baik...orang memang tak suka...cakap benda baik...aduhhh...ramai juga tak suka...abis apa yang saya boleh kata...diam je...hmmmmm...hmm...hmm..macam dalam iklan ubat kumur mult kat TV...mm.. :) saya sedang menyedarkan anda semua tentang hakikat...sahabat-sahabat yang tersayang..anak-anak murid yang saya kasihi...apa yang anda semua lihat depan mata selama ini,.. adakah anda pasti semuanya akan kekal..??? bukalah mata...uhh...bukan mata yang anda yang tengah berkelip-kelip tu sahaja...buka "mata hati"..."mata minda"..."mata akal"...kemudian lihat dalam-dalam diri anda...soallah diri anda...apa yang anda mahukan dalam hidup??...apa yang anda nak selepas mati...???...hmmm....sekarang....apa usaha anda kearah "tempat abadi"...?? ok la...cukup dengan semua statement kat atas...tu cuma nak warm up minda...nak pulih balik jati diri kita sebagai muslim nak instill balik kekuatan iman...ingat iman tu bertambah dan berkurang...jadi perlu lah di cas selalu agar tak berkurangan .... penulisan hari ni mungkin atas dorongan ,minda bawah sedar saya, berkaitan hari ni...ada kematian di UIA...tgh jalan ada kebakaran sebelum sampai tol DUKE...hmm... mungkin Allah nak suruh ingat DIA banyak-banyak lagi....Alhamdulillah... JOM .....banyakkan zikir.......!!!!!!!!!!!!!

Monday, February 6, 2012

SEKEPING CERMIN NILAI SEBUAH UKHWAH….




Tengah hari itu.. ketika sedang berada di hadapan computer,ana di sapa oleh seorang teman…
”akak..akak ada cari saya ke?..”…
”eh..tak ada..”jawab ana..antara ingat dan lupa…
”emm..smalam ada yang cakap,akak cari saya pasal cermin meja..”…
”masya Allah…betul..maaf akak lupa…tentang cermin meja tu…sebenarnya cermin akak..jadi kalau kamu selesa guna..akak nak jual pada kamu..”..
“akak pasti ke cermin tu akak punye…?”soalan teman tersebut ,menimbulkan rasa hairan dalam diri ana..
“mesti la…maaf la akak memang ada tinggalkan cermin kat atas meja yang kamu guna sekarang..,akak yang susunkan laci tu..dan meja tu dulu memang meja yang akak guna..akak Cuma tuntut cermin yang ada atas meja tu…memang saiz cermin tu kecil dari meja..Jadi macam mana kamu setuju nak beli atau sebaliknya?”
“tapi cermin tu saya dapat dari akak R..”jelasnya ..ada riak kurang berpuas hati…
“oh..nantilah akak pastikan..”kata ana sambil tersenyum…
Lantas dia berlalu meninggalkan ana dengan kerja yang harus di selesaikan…
Dalam pada itu ana berfikir sendirian…
Teman tersebut tak memiliki cermin meja asalnya..dan kebanyakkan yang ada cermin meja adalah orang lama…kebetulan semasa proses mengemas bilik di lakukan ada lebihan cermin meja…jadi diambilnya cermin tersebut..dan mereka yang mengemas memang terlupa sepenuhnya tentang kewujudan ana dalam bilik tersebut kerana di minta bertukar ke bilik baru…pada masa yang sama keadaan di bilik baru juga agak bercelaru…jadi suasana tersebut menjadikan ana lupa pada cermin meja yang sepatutnya ana bawa sekali…setelah minggu ke 3 kerja baru ana teringat dan mahu mengambilnya…bagaimanapun ana dapati telah digunakan oleh teman terbabit..maka timbul rasa hendak menjualnya…kerana memang ana beli cermin tersebut…
Cuma yang bermain di kepala ana…mengapa teman tersebut tak memudahkan ana…dia sendiri pasti yang cermin yang berada di mejanya..bukan miliknya..tapi terasa hati dengan ana apabila ana memberikan tawaran
Bukankah setiap barang pasti ada tuannya…tambahan barang yang berlebihan…seharusnya mereka mengiklankan cermin tersebut…tak kisahlah cermin tu berada atas meja siapa pun…
Dan sikap kita bila ada orang yang datang menuntut barangnya kembali..selalunya adalah seperti berikut :
TERKEJUT + TAK SANGKA +SENYUMAN = KEMBALIKAN BARANG
Bagaimanapun situasi ana ni pelik …keadaan jadi seperti ini :
TERKEJUT + TAK PERCAYA + PERTANYAAN = TAK PUAS HATI…
Dari situasi yang menimpa ana dan teman tersebut..jelaslah Allah menguji ukhwah ana dan dia…sejauh mana kepercayaannya terhadap ana..serta hormatnya pada ana…dan ujian untuk ana adalah bersabar dengan karenah teman tersebut..
Firman Allah ;
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. al-baqarah 155
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. al-baqarah 153
alangkah elok jika kita berlapang dada apabila barang yang bukan milik kita di tuntut… kerana di situ ada sifat terpuji 1. Saling hormat menghormati..2. saling menjaga haq saudara islam… dua sifat tadi akan menghasilkan rasa saling kasih-mengasihi…inilah benih iman…
akan tetapi jika kita bertindak sebaliknya..yang mengelilingi diri adalah sifat mazmumah...bersangka buruk :su` dzan:..justeru di hinggapi penyakit hati yang lain….ingatan ini lebih untuk diri ana..juga teman-teman serta anak-anak murid yang di kasihi semua…
inilah ranjau dalam berkawan dan berukhwah ...ia boleh jadi jambatan ke syurga atau jambatan ke neraka sebagaimana firman Allah :
Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik) dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).al-mujadalah :14

Saturday, May 7, 2011

Musibah Itu Pengajaran Iman...........(kisah mangsa kebakaran Jalan Kebun)..



Selasa,3/5/2011...tarikh yang tak mungkin di lupakan oleh warga SMIK,Jalan Kebun.Kebakaran rumah seorang guru perempuan sekolah rendah amat mengejutkan warga sekolah ini..

Namun apa yang nak ana kongsi bukan hanya sebuah cerita kemalangan..tetapi cerita tentang tawakal seorang suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak juga tentang ketentuan Allah itu adalah yang TERBAIK...

Sesungguhnya, semua orang bersimpati pada nasib guru ini.Dengan 3 anak yang masih kecil, apa sangat yang dapat dia selamatkan ketika kejadian tersebut berlaku..yang dapat di selamatkan ketika berlari keluar dari rumah hanya diri sendiri dan anak-anak..termasuk kereta yang sempat di alihkannya..Alhamdulillah..

Bagaimanapun ketakutan melihat api yang menjalar,melemahkan hati dan semangatnya untuk mengambil segala dokumen penting..tambahan, tanpa suami di sisi,fikirannya mungkin buntu ketika itu..kehadiran bomba juga agak lewat...maka 12 pintu rumah sewa di situ kebanyakan di makan api..

Apapun lihatlah..betapa Allah itu Maha Hebat,,suaminya menjanjikan Allah sebagai penjaga kerana tahu dia tak mampu berutus khabar dengan keluarga..si isteri juga menyerah sepenuh hati pada Allah...maka Allah menjaga keluarga ini..sedang orang lain mungkin berlindung di masjid..,tapi guru ini berada di rumah tumpangan yang agak selesa..juga dia di hujani bantuan yang tak putus..kalau ikutkan keadaan isi dalam rumah,dia mengaku tak punya banyak barang kerana menyewa..maka dia tidak merasa terlalu rugi..kecuali yang menyentuh hatinya adalah sijil ijazahnya serta dokumen penting keluarga..hanya itu yang di tangisi..

Ajaibnya..dokumen tersebut terselamat..kebetulan semuanya,berada dalam almari di bilik solatnya..termasuk buku-buku agama dan Al-quran..hanya terbakar sedikit sahaja...Masya Allah...hati guru ini amat senang dan redha dengan apa yang berlaku...kerugian pada mata manusia tetapi keuntungan pada dirinya...sekarang dia menginap di rumah guru bujang...lebih baik dari tinggal berseorangan dengan anak-anaknya...

Malah kata guru tersebut,"Mujur Allah berikan ujian ini..."..ana rasa ,guru tersebut telah merasa nikmat hikmah ujian...itulah kepentingan menghayati ujian dengan iman dan bukan perasaan...

ADAKAH KAU LUPA [HQ] - Saladin the Animated series

Monday, April 11, 2011

Ujian itu Indah..Jika di hayati dengan Iman...

Assalamualaikum...bertemu lagi sekian lama dah tak menulis...

Sengaja ana bawa tema di atas, rentetan kepada masalah-masalah yang di hadapkan kat ana untuk di selesaikan...paling banyak rumah tangga dan soal hati..

Masya Allah...manusia sungguh tak terfikir bahawa Allah itu Maha Mengasihi dengan cara memberikan ujian kepada manusia..agar manusia itu berdoa kepadaNya...doa tatkala di timpa musibah adalah doa paling ikhlas dalam rasa penuh kehambaan...

Dengan cara itu manusia akan kembali ingat tujuan dia di cipta untuk Allah..sebaliknya jika sentiasa bergelumaang dengan kelazatan hidup..segalanya indah..,maka kelalaian terhadap Allah akan menyeksa manusia di akhirat..

Justeru itu,seharusnya kita ucapkan Alhamdulillah dengan ujian apa pun yang di timpakan..belajarlah untuk mengenang Allah dalam apa jua situasi...belajarlah untuk "melihat" Allah menerusi ujian hidup...Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya.,,sebaliknya hambalah yang sering meninggalkanNYa...seharusnya kita rasa malu apabila mengangkat tangan berdoa...sudah berbagai nikmat di beri Allah tapi kita masih menagih dan meminta...itulah martabat seorang hamba..sekaya mana kita di dunia..semewah mana pun pakaian kita...sehebat mana juga pangkat di sandang...kita tetap harus sujud pada KEBESARAN ALLAH...5 kali sehari kita menghina diri di hadapan ALLAH...merendahkan kepala yang ego ke tanah...turut bersamanya hati...maka menjadilah kita hamba pada TUAN yang HAQ iaitu ALLAH...

Oleh itu..sebesar mana juga masalah..,janganlah terlalu sedih dan gundah...bersama segala ujian itu ada kunci penyelesaiannya..ALLAH sedang menaikkan taraf kita...fikirkan hikmah..dan tunggulah hikmah menjelma..pasti anda akan berkata.."mujurlah".."nasib baiklah".."untunglah"...

Hayati ujian dengan IMAN...bukan dengan PERASAAN..

keep in touch


e-mel :asyikinradz@gmail.com