Wednesday, May 5, 2010

Cinta dunia..kasih yang leka…

Cinta dunia..kasih yang leka….

Hari ini…ana sengaja melihat program hiburan di saluran tv..SENGAJA melihat..ana nak tahu apa fikiran anak muda sekarang..nak melihat ke mana cita-cita mereka..mahu memahami apa yang mereka rasa..melalui tv..hmm..kan ia saluran informasi masyarakat..ia menggambarkan kisah rakyat Negara kita..,paling utama perkembangan nilai agama Islam di dalam masyarakat..

Memang agak menyedihkan..konsert artis luar negara atau dalam negara..tengok wayang..boleh pulak ramai satu stadium…boleh pula rasa terhibur sampai melompat-lompat …bercampur lelaki perempuan tak kira lagi dengan pakaian…tapi bila buat ceramah atau pengajian..tak kena bayaran tak datang pulak…tambah kalau kena bayaran..kena pula ustaz/ustazah tak glamor dalam tv…lagi kena kata..lagi kena kutuk lah…hai..tiket konsert boleh bayar sehari RM 30..yuran pengajian sebulan RM30 berkiranya… Allah sahaja yang tahu…mengaji Quran tu..ana pernah dapat komen..kenapa nak ambil bayaran mengaji ni banyak2..setakat RM5 tu dah ckup…seikhlas hati org yang datang mengaji nak bagi berapalah katakan…jawab ana..ini prosefion saya…lihatlah…fikiran masyarakat kita… menganggap profesion ustaz dan ustazah bukanlah antara yang terhebat dan boleh mendatangkan DUIT BANYAK…pengutamaan kepada dunia sangat berlebihan dalam kehidupan masa kini…sedarlah masyarakat… profesion kerja kami ini akan di tanya di akhirat…oh…org lain pun kerja juga …akan di soal juga…memang benar apa yang kita KERJAKAN di dunia akan di soal kelak di alam sana..namun kerja kami melibatkan faham islam yang syumul..qaedah pengajian AlQuran..bukan setakat baca..tapi dgn tajwid ..profesional la tu…pengajaran feqah adalah untuk mentertibkan ibadah…penghayatan sirah adalah untuk melahirkan dan membentuk identity umat yang cemerlang serta cintakan Allah dan Rasulnya..

Kasihan sekali masyarakat kita hari ini terlalu banyak di sogok oleh kehebatan dunia..berlumba-lumba nak tayang kehebatan harta benda,emas berlian dan pakaian mahal….entah apa yang di pentingkan dalam kualiti hidup…yang pasti tersasar dari hala tuju sebagai ibadurrahman…

Menjadi hamba Allah…bukan setakat menyembahNya dengan ibadah wajib tapi melakukan kerja harian serta segala-gala perlakuan dari segi percakapan dan perbuatan seharian adalah semata untuk Allah..contohnya seperti ; menjaga anak yang menjadi rutin seorang isteri dan ibu..jika di lakukan dengan hati yang terbuka serta penuh rasa kasih akan lahirlah anak-anak yang beradab..taat..serta soleh dalam segala hal..ini kerana si ibu tahu setiap pergerakkan yang di lakukannya pasti tercatat sebagai pahala…begitu juga dengan bapa ; jika dia bekerja dengan penuh ikhlas untuk keluarga pasti dia merasa puas dan senang hati dengan perkerjaannya…

Banyak yang boleh kita kupas dalam membincangkan hal masyarakat zaman kini…ana suka untuk menyeru semua yang membaca artikel ini….bentuklah minda kita dan pandangan kita untuk membangunkan Islam…..betapa banyak usaha dakwah..jika di kekang dan di halang oleh umat Islam itu sendiri pastilah kemusnahan yang akan Allah turunkan pada masyarakat kita….lihat sahaja sirah nabi..berapa banyak kaum yang di musnahkan akibat menentang usaha dakwah…apakah tidak cukup dengan gegaran gempa yang berlaku sekarang di serata dunia sebagai amaran Allah…?????????....atau sehingga di timpakan kepada masyarakat pelbagai bencana ,baru kesedaran akan timbul….ana pasti waktu itu hanya kekesalan yang bertakhta di hati….

Tambah menyedihkan..remaja Islam sendiri bagai tidak punya matlamat hidup..statistik jenayah menunjukkan ramai remaja muslim yang merengkok di penjara dengan pelbagai kesalahan..belum lagi di lihat di pusat serenti..di rumah perlindungan wanita…ramai gadis muslim yang rosak…gara-gara terlalu mengagungkan budaya barat yang suka berpasangan sebelum kahwin…salahnya ibubapa juga..terlalu sibuk dengan urusan kerja..hingga terabai anak dari sumber kasih sayang yang haq…teraniayalah anak dengan mencari kasih sayang di luar..yang lebih banyak merosakkan dari kebaikkan…

Kesimpulannya..ana suka menggariskan penyelesaian mutlak masalah-masalah di atas…bahawa punca terdidiknya anak bermula dari keluarga sebagai asas yang kuat…factor luaran tidak di nafikan sebagai penyumbang masalah..oleh itu masyarakat juga harus berubah untuk menjadi lebih peka di antara satu sama lain…paling utama sentiasa mengadakan majlis ilmu atau menghadirikan diri ke masjid…kerana kekurangan ilmu antara factor yang amat besar kesannya dalam intitusi masyarakat..tidak guna kita ada ramai doctor..pakar segala pakar..kepesatan kemajuan pembangunan tapi ketinggalan pembangunan dari sudut akhlak dan agama….kerana ia tidak seimbang dan itulah yang akan merosakkan…misi dan visi manusia sebagai Hamba Allah…

Fikir-fikirkanlah….

No comments:

Post a Comment

keep in touch


e-mel :asyikinradz@gmail.com