Wednesday, May 5, 2010

Berjamaah: assayabiyyah?

Hari ini ana nak sentuh tentang topic Berjamaah…mengikut definisi dari kamus..jamaah adalah kumpulan atau masyarakat..dari kamus almawardi..jamaah adalah kesatuan manusia dalam kehidupan…bagaimana dengan assabiyyah..?berasal dari bahasa arab yang membawa maksud kumpulan tertentu..seperti orang arab,afrika atau mana-mana Negara sekali pun..wujudnya satu kelompok asal masyarakat seperti kabilah bagi orang arab,puak bagi orang africa dan orang perak,orang kedah bagi kaum melayu …menjadikan kelompok tersebut amat ta’sub kepada tempat asal..atau keturunan atau kumpulan yang dianggotainya…
Dalam islam kita amat di tuntut untuk hidup secara berjamaah iaitu bermasyarakat..melalui berjamaah umat islam dapat bersatu padu dan membina kekuatan dari segala segi..contohnya pendidikan,ekonomi,ketenteraan politik dan sebagainya…dengan berjamaah musuh islam pasti gentar kerana sukar mengugat kesatuan jamaah yang padu…walaupun di serang dengan pelbagai kaedah..dari sudut fikriah atau zahiriah…
Begitu pun…sejak akhir-akhir ini…kekuatan umat islam telah berpecah dan berada dalam kelompok assabiyah…ramai yang membina persatuan atau pertubuhan atas nama islam namun tidak mementingkan nilai umat..sebaliknya ahli persatuan itu sendiri..mengapa ini berlaku…? Adapun yang Nampak macam bersatu hanya apabila ada pilihanraya…selepas itu..masing2 dengan aktiviti persatuan masing2..betullah…kan bergerak dengan kumpulan masing2..tetapi mengapa kita tak dapat bergerak hanya dalam satu kumpulan…bukankah hadaf atau tujuan kita itu sama…bergerak membela islam dengan memberikan kefahaman islam secara menyeluruh untuk di aplikasi dalam kehidupan seharian…bersekutu bertambah mutu..  apapun syabas pada pertubuhan yang bersifat universal…mudahan usaha dakwah terus maju….
Ini kerana masa kini islam hanya di mulut sebagai agama..untuk pernikahan,serta upacara tertentu yang melibatkan bacaan doa selamat…tapi rutin hidup..pakaian adab dan muamalat penganutnya amat berbeza…boleh di lihat pada wanita yang mengaku sebagai islam tapi tidak menutup aurat,lelaki yang mengaku islam tapi tidak solat jumaat..macam-macamlah…bagi mereka islam itu di hati…pelik…ana tengok sendiri satu rancangan reality tv…pengakuan seorang gadis muslim dari utara..bila di tanya pandangannya tentang tudung…jawapannya islam itu di hati…ha…habis tu..solat,puasa,dan ibadah wajib pun semua kat dalam hati la…nikah kawin je yang yang kena “nyata” luar dari hati…
Kerana itulah jamaah itu penting..melalui masyarakat,kita dapat membentuk suasana islam yang sebenar..bukan melalui assabiyyah..assabiyyah hanya pembunuh yang merupakan amalan jahiliyyah dan amat di benci dalam islam…sifat terlalu menjaga ahli yang di amalkan oleh sesetengah pertubuhan islam amat mendukacitakan serta membantutkan usaha dakwah itu sendiri..menyisihkan orang-orang kelihatan seperti sesat…merupakan tindakan yang mencemarkan imej islam sebagai agama universal hebat serta Allah sebagai tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang..tak kurang juga yang disisihkan kerana pakaian,kurang intelek,bukan dari agamawan dan pelbagai aspek.Seharusnya pertubuhan islam bersifat terbuka dan menyeluruh dalam bermuamalat dengan masyarakat umum…terutama yang mahu menghadiri program ilmu anjuran pertubuhan islam tertentu..kita harus bersifat mendekati dan bukan menjauhi…
Komen ana ini terbuka untuk semua…segala yang ana tulis adalah dari kaca mata serta pengalaman peribadi sendiri…terpulang untuk individu menilai..ana bukan menghentam mana-mana pihak..bukan juga komen untuk menjatuhkan nama baik mana-mana pertubuhan islam..tidak sama sekali…hanya menegur sikap sesetengah ahli pertubuhan islam yang kelihatan terlalu ketara dengan sifat assabiyyah…mungkin pihak tertinggi tidak begitu..biasalah..namanya pun manusia..tapi untuk lebih berdaya saing kita perlu bantu-membantu untuk meningkatkan mutu perjuangan….sekali lagi..bersekutu bertambah maju…  

No comments:

Post a Comment

keep in touch


e-mel :asyikinradz@gmail.com